Tuesday 26 September 2017



 

INILAH SHOWROOM KAMI YG BERWAJAH BARU.



Hi assalamualaikum semua.. pada tahun 2017 ini banyak perubahan dan kemajuan syarikat ini. 
Kejayaan ini pon dari anda semua yang setia menyokong dan memberi kepercayaan terhadap syarikat kami tentang jubin.

Yang mana lama tak datang sini.. mailaa singgah cuci mata.. stok pon dah banyak.. stok baru dan clearance pon ada.. Kami di sini ada menjual jubin gred A, dan juga 2nd Gred. semua cantik2 tau..!
Kalau nk tengok gambar2 jubin g la bukak fb kami Hirysma Ceramics Tile.

Monday 18 July 2016

hi.. assalamualaikum semua...

Maaflah dah lama tidak bercerita dan bergosip di blog.. huhuhu.. syarikat Hirysma makin
lama makin sibuk. ALHAMDULILLAH, rezeki tuhan..Di atas kesempatan ini saya dah Pihak Hirysma
ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kpd semua yg mengenali dan baru je nak mengenali kami..

Nak bagithu kami ada produk baru di syarikat Hirysma . Selain menjual dan membekal jubin ,sanitary dan fitting , kami ada membekal wallpaper... Wallpaper kami dari company wallpaper yg terkenal kat Malaysia ni... Jenis dan kualiti agak bagus dan tebal .. grade AAA punya .. kalis air dan tahan lasak...

Harga yang kami tawarkan tak lah semahal kedai Wallpaper yg kat luar tu... murah-murah jer.. lagipon
cantik-cantik u alls...nanti tgk kat facebook Hirysma Ceramic Tiles. Macam macam ada dlam tu...(promote)

Blog seterusnya , saya akan share tentang pemasangan wallpaper pulak.. tungguuuuuu

sambil2 tu boleh la cuci-cuci mata di sini....









BERTEMPAT DI LOKASI :
LOT 13696, TAMAN MURUGESU,
JLN DATO SIAMANG GAGAP,
70100 SEREMBAN, N.SEMBILAN

TEL   : 06-767 7262
EMAIL : hirysma@yahoo.com

Wednesday 9 December 2015

assalamualaikum.....
hai semua.. rasenye dh lama dh tak update blog ni....
rase rindu tak dekat hirysma ini.., al maklumlah...
banyak kerja dan benda baru sejak akhir-akhir ni...
ade stok-stok yg nak di clearance kan... lagi pon..
ade jugak barang baru masukk.... ni la nk sembang ni..huhuhu
sekarang ni setakat ni alhamdulillah perniagaan berkembang maju..
ni semua atas kerjasama pekerja dan tak lupa juga pada pelanggan-pelanggan
yang sentiasa berpuas hati dengan kami.... baru-baru ni ada lah projek2 baru
masuk dan memilih jubin di kedai kami. alhamdulillah berjalan dengan lancar..
mereka juga berpuas hati dengan harga yang kami berikan bersesuaian dengan
jenis jubin yang mereka pilih... baru-baru ni..projek pejabat kemas di kuala pilah.
dah selesai pon penghantaran barang ke sana,, alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.
korang kalau ada kenal2 kontraktor yang nak buat projek pemasangan jubin.. suruhlah
diorang datang ke showroom kami.. boleh bincang punya.... lagi2 kalau dapat kontraktor
melayu... boleh la saling tolong menolong kan.. huhuhuhu.....

Wednesday 28 October 2015

TIPS MEMILIH WARNA TILES DAPUR



Assalamualaikum...
Nampaknya angin mengumpul tips2 deko ni masih lagi duk bertiup...sesapa yg teringin nak tahu...
jemput ler baca...kalau tak teringin nak amik tahu ...layan jer la gambo yg ditempek...
Tips ni pun tak kurang pentingnya kalau nak dapur kita tu cun macam tuan empunya dapur...
tersalah pilih warna...silap haribulan kitchen cabinet yg ditempah beribu2 hengget tu nampak tak lawa..
nanges meleleh la kak bedah oii...opss macam chef wan la pulokk..

1. Rona Putih
*Rona yang paling disukai oleh pengguna ramai adalah rona putih.
Soalan pertama yang merunsingkan pengguna adalah cara jaga kabinet dan dinding yang berwarna putih.
Sebenarnya bahan kabinet terkini telah pun menyelesaikan masalah ini. Contohnya Mieco Melamine board yang tebalnya 16mm adalah fungsi Moisture Resistance,Scratch resistance.. Jadi jika anda inginkan kabinet anda lasak dan tahan, pastikan material yang anda pilih adalah fungsi seperti disebut tadi. Rona putih selalunya serasi dengan rekaan kabinet dapur yang ringkas dan kontemporari, jadi warna dinding pun sesuai dengan warna yang cerah dan lembut supaya menimbulkan suasana yang selesa dalam dapur. Jika anda risau kabinet dan dinding putih akan menyebabkan dapur anda nampak pucat, anda boleh pilih warna meja yang gelap atau warna kayu.



2.  Rona terang
*Rona terang selalu menyediakan suasana yang ceria dalam sebuah dapur. Biasanya pengguna yang ceria,berani akan minat tentang rona terang. Apabila sebut tentang rona terang, bukan semestinya perlu pilih warna hijau,merah atau kuning untuk kabinet anda, saya pun faham bukan semua pengguna suka dapur kabinet yang berwarna-warni. Jadi cara lain adalah pilih warna yang sesuai untuk dinding anda, anda boleh pilih beberapa warna yang ceria tetapi pastikan ia sedondon dengan keseluruhan dapur anda. Cara kedua ialah pilih aksesori yang unik rekaan dan warna yang berani. Walaubagaimanapun, pastikan kabinet anda menggunakan rona cerah supaya warna pada dinding dan aksesori yang memainkan peranannya.


3. Rona lembut
*merupakan salah satu pilihan yang paling selamat untuk ruang dapur. Banyak pengguna suka rona putih tetapi untuk dapur yang besar, ia akan menimbulkan kelihatan dapur anda nampak pudar dan bosan. Maka, anda boleh pilih warna yang serasi dengan kabinet anda seperti putih susu, biru muda, merah jambu.. Rona lembut juga sesuai dengan jubin yang bercorak bunga. Tetapi anda perlu pilihkan satu warna asas bagi dapur anda supaya dapat menimbulkan suasana yang harmoni dalam dapur anda.



4. Rona kontra
*semakin popular pada masa kini. Sebenarnya rona kontra sangat sesuai digunakan dalam dapur yang kecil,ia menyebabkan dapur anda kelihatan lebih luas dan bersih dengan adanya paduan warna yang serasi. Bagi pengguna yang berjiwa muda, rona kontra memang pilihan sesuai, selain daripada segi komtemporari, bergaya, ia juga menyebabkan pengguna lagi bersemangat apabila berada di dalam dapur tersebut.Rona kontra seperti hitam putih, merah putih, hijau hitam memang diminati oleh banyak pengguna muda. Apabila kita pilih warna kontra untuk kabinet, adalah dinasihat supaya warna dinding lebih sesuai dengan warna muda atau putih supaya ketumpuan perhatian akan berada pada kabinet anda.


okay sampai di sini sahaja lah... harap anda semua dapat idea nak matching2 semua.. huhuhu...
selamat mencuba.
Sila berhubung No kami di bawah untuk maklumat lanjut. InsyaAllah, kami bantu..

Lot 13696, Taman Murugesu,
Jln Dato Siamang Gagap,
70100, Seremban, Negeri Sembilan.
No Tel/Fax: 06-767 7262



Friday 23 October 2015

TIPS MEMILIH TILES
Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Bismillahirrahmanirrahim..

Tajuk pun dah tahu, cerita ini sekadar perkongsian bersama-sama manalah tahu boleh buat rujukan dimasa hadapan.
Mula-mula deside tiles yang murah tapi berkualiti ataupun survey kedai mana-mana yang menawarkan harga yang sama dengan pasaran. Yelaa sekarang kan zaman serba GST ni kita kena bijak memilih dan pandai bajet kewangan supaya tak terlebih dan cukup untuk kegunaan harian dan menyimpan.







  
Pelbagai jenis tiles yang ada contohnya tile untuk lantai, dan dinding. Ada juga kelebihan tiles masing-masing
contohnya tiles lantai permukaan yang agak kasar untuk dapur dan juga porch. Kita mesti tahu kita pilih tiles
untuk di bahagian mana. Jika korang nak buat lantai untuk dapur dan porch korang mestilah buat pilihan yang sesuai contohnya permukaan tiles yang kasar.


Bagi tips untuk pemilihan tiles rumah.
Saya lebih suka tiles dalam rumah tu besar, kalau boleh saya nak yang  lebih besar lagi tapi saya CADANGkan tiles 2kaki x 2kaki sahaja. Itupun dah cukup besar dan cantik.

Cara pengiraan tiles yang diperlukan untuk satu ruang tu, korangki HARUS ra berapa kaki panjang ruang tu dan darab kan dengan lebar ruang tu, bila dah dapat bahagikan dengan luas satu pcs tiles.
Kalau korang ambil tiles size 2kaki x 2kaki, korang kenalah bahagikan dengan 4. Dapatlah jumlah yang diperlukan.
Untuk bahagian dapur, saya cadangkan permukaan tiles sedikit kesat agar keselamatan terjamin. Sebab di bahagian dapur ni kadang-kadang boleh jadi tumpah minyak, boleh jadi tumpah air ataupun sabun. So kalau guna tiles yang agak kesat takdelah licin sangat.
Kalau ruang bilik pulak, memang kena pilih yang licin supaya rasa kalau-kalau pasir ke habuk tetibe ada..
senang nak nampak dan bersihkan.











Oklah, rasanya cukup setakat ni dahulu perkongsian saya tentang pemilihan tiles. Nanti ada masa saya sambung lagi ya..Jika anda berminat untuk dapatkan kepakaran kontraktor binaan, dan pembelian tiles.
Sila berhubung No kami di bawah untuk maklumat lanjut. InsyaAllah, kami bantu..

Lot 13696, Taman Murugesu,
Jln Dato Siamang Gagap,
70100, Seremban, Negeri Sembilan.
No Tel/Fax: 06-767 7262

Toilet bowl, sink, kepala paip dan lelain semua ada..









































Assalamulaikum semua..

Nak tunjuk gambar gempak ni.. nak tengok tak? huhuuhu..
kalau nak cari kedai kami ..ini lah dia signboard kami ...
hahaha....

Thursday 22 October 2015

assalamualaikum ...

      Saya dari perniagaan milik bumiputera yang menawarkan pelbagai jenis jubin..
tak mahal pon..murah-murah sahaja...huhuhu... kedai ini terletak di sikamat seremban..
alaa dekat dengan bangunan centre point lama tu... yang paling besar tu ..
 tu la kawasan kedai kami..

 
Signboard kedai kami..Besar tak? cantik kan?