Assalamualaikum...
Nampaknya angin mengumpul tips2 deko ni masih lagi duk bertiup...sesapa yg teringin nak tahu...
jemput ler baca...kalau tak teringin nak amik tahu ...layan jer la gambo yg ditempek...
Tips ni pun tak kurang pentingnya kalau nak dapur kita tu cun macam tuan empunya dapur...
tersalah pilih warna...silap haribulan kitchen cabinet yg ditempah beribu2 hengget tu nampak tak lawa..
nanges meleleh la kak bedah oii...opss macam chef wan la pulokk..
1. Rona Putih
*Rona yang paling disukai oleh pengguna ramai adalah rona putih.
Soalan pertama yang merunsingkan pengguna adalah cara jaga kabinet dan dinding yang berwarna putih.
Sebenarnya bahan kabinet terkini telah pun menyelesaikan masalah ini. Contohnya Mieco Melamine board yang tebalnya 16mm adalah fungsi Moisture Resistance,Scratch resistance.. Jadi jika anda inginkan kabinet anda lasak dan tahan, pastikan material yang anda pilih adalah fungsi seperti disebut tadi. Rona putih selalunya serasi dengan rekaan kabinet dapur yang ringkas dan kontemporari, jadi warna dinding pun sesuai dengan warna yang cerah dan lembut supaya menimbulkan suasana yang selesa dalam dapur. Jika anda risau kabinet dan dinding putih akan menyebabkan dapur anda nampak pucat, anda boleh pilih warna meja yang gelap atau warna kayu.
2. Rona terang
*Rona terang selalu menyediakan suasana yang ceria dalam sebuah dapur. Biasanya pengguna yang ceria,berani akan minat tentang rona terang. Apabila sebut tentang rona terang, bukan semestinya perlu pilih warna hijau,merah atau kuning untuk kabinet anda, saya pun faham bukan semua pengguna suka dapur kabinet yang berwarna-warni. Jadi cara lain adalah pilih warna yang sesuai untuk dinding anda, anda boleh pilih beberapa warna yang ceria tetapi pastikan ia sedondon dengan keseluruhan dapur anda. Cara kedua ialah pilih aksesori yang unik rekaan dan warna yang berani. Walaubagaimanapun, pastikan kabinet anda menggunakan rona cerah supaya warna pada dinding dan aksesori yang memainkan peranannya.
*merupakan salah satu pilihan yang paling selamat untuk ruang dapur. Banyak pengguna suka rona putih tetapi untuk dapur yang besar, ia akan menimbulkan kelihatan dapur anda nampak pudar dan bosan. Maka, anda boleh pilih warna yang serasi dengan kabinet anda seperti putih susu, biru muda, merah jambu.. Rona lembut juga sesuai dengan jubin yang bercorak bunga. Tetapi anda perlu pilihkan satu warna asas bagi dapur anda supaya dapat menimbulkan suasana yang harmoni dalam dapur anda.
okay sampai di sini sahaja lah... harap anda semua dapat idea nak matching2 semua.. huhuhu...
selamat mencuba.
Sila berhubung No kami di bawah untuk maklumat lanjut. InsyaAllah, kami bantu..
Lot 13696, Taman Murugesu,
Jln Dato Siamang Gagap,
70100, Seremban, Negeri Sembilan.
No Tel/Fax: 06-767 7262
No comments:
Post a Comment